"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalmu."

Tuesday, February 1, 2011

Kehidupan Orang Beriman

Di pejabat, andai kita bekerja secara berpasukan; kita akan di anggap berjaya kija seluruh pasukan berjaya. Jika kita seorang saja berjaya tetapi rakan dalam kumpulan gagal, itu bukanlah kejayaan yang sebenar namanya.

Begitulah juga umat Islam, kita digalakkan untuk hidup bersatu dan saling bekerjasama demi mewujudkan kehidupan sempurna. Kita tidak mungkin hidup sendirian kerana manusia secara fitrahnya memang memerlukan satu sama lain untuk saling lengkap melengkapi kehidupan.

Umat Islam seharusnya bersatu erat, kerana Rasulullah sendiri ada bersabda yang bermaksud, " Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang, saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam" (Riwayat Ahamad & Muslim)

Kejayaan Rasulullah melahirkan masyarakat yang bersatu dan berkasih sayang kerana ALLAH adalah contoh terbaik kepada kita semua. Ia disumbangkan dengan sikap dan suasana positif yang dibentuk oleh Rasulullah menerusi pendidikan dan motivasi yang berterusan.

Jika sukar memupuk semangat kesatuan di sebuah negara yang besar, maka apa kata mulakan dengan komuniti yang kecil seperti keluarga, pejabat dan kejiranan. Ini kerana yang kecil ini akan berkembang besar dan Insya ALLAH bakal teguh akhirnya.

No comments:

Post a Comment